Artikel

Sabun Beras & Kolagen
Personakan Wajah Bak Bidadari

Cantik Umpama bidadari memiliki kulit yang halus, lembut, anjal dan cerah sememangnya menjadi impian setiap wanita. Lantaran itu tidak hairanlah jika wanita sanggup melakukan apa sahaja seperti melakukan rawatan wajah, suntikan botox mahupun menjalankan pembedahan semata-mata ingin kelihatan cantik. Tidak kisahlah jika terpaksa berbelanja besar asalkan impian menjadi kenyataan.

Namun tidak semua dari kita berkemampuan untuk melakukan kaedah rawatan seperti ini. Walau bagaimanapun, anda  tidak perlu bimbang kerana produk kecantikan keluaran Rose Cun Enterprise ini pasti pasti boleh membantu anda. Sabun Beras Wangi Cun dan Sabun Kolagen Perawan merupakan produk terbaru di pasaran yang menjanjikan kejelitaan berpanjangan buat anda.
    
Pengurus Operasi Rose Cun Enterprise, Norma Salina Hamid, 39, berkata, Sabun Beras Wangi Cun dan Sabun Kolagen Perawan adalah jawapan kepada pelbagai masalah kulit seperti jeragat, bintik hitam. kusam, tompokan hitam dan sebagainya. Lebih istimewa produk ini juga mampu mencerahkan dan menghaluskan, memudarkan parut serta menjadikan kulit lebih berseri.
   
 "Sabun Beras Wangi Cun ini dihasilkan mengunakan beras siam gred A yang terbaik, halal dan selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Sabun ini hanya menggunakan bahan semula jadi seperti minyak kelapa, minyak sawit, susu beras muda, vitamin C, vitamin E dan AHA
    
"Sabun yang kaya dengan khasiat ini mampu mengurangkan bintik hitam dan celaan pada wajah serta tubuh. Bagi anda yang mengalami masalah kehitaman di bahagian celah peha, ketiak, siku, lutut mahupun kawasan berlipat lain, sabun ini mampu memudar dan menghilangkannya.

    "Sabun Beras ini juga mampu merawat sel kulit mati serta menanggalkan kotoran dan minyak pada kulit. Wangian beras muda yang semula jadi menjadikan sabun ini cukup istimewa. Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit dan juga sesuai buat kaum lelaki" ujar Norma Salina..

HILANGKAN GARIS HALUS
    Menyentuh mengenai Sabun Kolagen Perawan pula, Norma Salina memberitahu sabun berasaskan kolagen ini merupakan produk yang amat baik dan berkesan untuk memelihara serta memulihara kulit wajah. Sabun ini bertindak menegangkan, mencerahkan, menjadikan ton kulit lebih sekata, mengilangkan jeragat dan tompok hitam, mengurangkan kedutan serta menjadikan kulit kelihatan awet muda.

    "Kulit kita akan mengalami perubahan apabila usia makin meningkat kerana kolagen semula jadi kulit akan berkurangan.Sebab itulah kita memerlukan bantuan untuk mengembalikan semua kolagen ini agar kulit kembali muda, sihat dan anjal. Sabun Kolagen Perawan adalah alternatif terbaik untuk kulit anda.

    "Saya sendiri telah mencuba produk ini dan melihat perubahan yang ketara dalam masa beberapa minggu sahaja.Masalah garisan halus di dahi saya beransur hilang dan kulit terasa lebih anjal.Produk ini diakui selamat, tiada kesan sampingan dan tanpa pengelupasan," jelasnya yang turut memberitahu Rose Cun Enterprise bakal mengeluarkan dua lagi produk iaitu Krim Malam Beras Wangi dan Foundation Rose Cun.


(Petikan : Majalah Harmoni . Ogos 2012 , ms 116. Oleh : Nurul Huda Zulkifli)